BMM 3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

Dalam suatu kenyataan akhbar, disiarkan bahawa “Ramai pelajar tingkatan satu tidak boleh membaca dengan berkesan”.  Berikutan kenytaan itu, ratusan surat  diterima daripada orang ramai memberi pelbagai pendapat mengapa keadaan ini wujud. Antara pendapat yang dikemukakan ialah kaedah mengajar bacaan di sekolah rendah tidak berkesan, saiz kelas yang terlalu besar, guru tidak mengadakan kelas pemulihan, tidak cukup guru bahasa yang berkelayakan, latihan guru yang ketinggalan zaman, pelajar yang tidak minat, tidak cukup kemudahan mengajar bahasa dan seterusnya. Semua ini merupakan pendapat yang munasabah tetapi mana satu yang boleh diterima?. Untuk menjawab pertanyaan ini, penyelidikan perlu dijalankan untuk menentukan mengapa begitu ramai pelajar tingkatan satu tidak boleh membaca dengan berkesan.

DEFINISI PENYELIDIKAN
Menurut, The Collins International Dictionary penyelidikan ialah suatu penyiasatan sistematik untuk memperolehi fakta atau maklumat tentang sesuatu perkara. Kamus Webster pula menyifatkan penyelidikan sebagai penyiasatan saintifik untuk membongkar fakta. Apakah yang dimaksudkan dengan penyiasatan saintifik?. Penyiasatan saintifik merupakan kaedah dan cara berfikir sistematik, terkawal, dan empirikal yang bertujuan mengkaji hubung kaitan antara fenomena semulajadi yang boleh diperhatikan (Kerlinger, 1973).
Tiga perkataan penting dalam definisi ini ialah sistematik, terkawal dan empirikal. Penyelidikan saintifik yang sistematik dan terkawal dapat menghasilkan penemuan atau dapatan yang lebih meyakinkan. Penyiasatan saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancangkan boleh diuji dalam makmal atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain

Apakah penyelidikan pendidikan
Penyelidikan pendidikan adalah kajian yang menyelidik tingkahlaku murid, pelajar, guru dan lain-lain peserta di sekolah dan institusi pendidikan yang lain. Tingkahlaku biasanya disiasat dengan memeriksa hasil kerja seperti dokumen dan keputusan ujian setara
terdiri daripada pelbagai kajian yang ingin memahami dan membaiki pembelajaran dan proses pendidikan.
termasuk tajuk-tajuk seperti pengajaran, pengurusan bilik darjah, psikologi, pengujian, perkembangan kanak-kanak dan sains kognitif.
Mengapa kita melakukan penyelidikan pendidika
n?
Kita hendak
Pelajari mengenai program berkesan
Pelajari kaedah mengajar berkesan membantu pelajar belajar
Mencari hubungan diantara pembolehubah dalam situasi(setting) pendidikan bagi merancang intervensi
Memahami konteks budaya sekolah untuk membentuk sekolah yang memegang pada keadilan dan mengurangkan prejudis serta “inequality”.

Mengapa kita melakukan penyelidikan pendidika
n? (dari perspektif penyelidik individu)
Menyelidik topik yang kita ingin tahu atau “passionate”
Satu bahagian penting dalam peranan akademik dan faktor utama dalam kenaikan akademik

“A researcher’s voyage may be long, the seas calm or stormy, the tides of circumstance insistent, but the journey is driven at least in part by the winds of ontological longing. Individually and collectively, we do educational research as part of a quest for meaning”

Makna adalah personal (Meaning is Personal)
Makna ontological melibatkan individu mencari dan membuat makna dalam aktiviti harian kehidupan seseorang

Ia adalah pencarian jawapan terhadap soalan-soalan yang dibina individu sendiri
contoh:
1. Mengapa saya melakukan ini
2. Mengapa saya hidup begini, mengapa saya ikut jalan ini dan bukan yang lain?
3. Bagaimana kita hendak ajar tentang keganasan dan bukan keganasan, tentang hormat, keberanian, keputusan yang sukar?
4. Apakah peranan sekolah mengenai perkara ini dan bolehkan sekolah mengatasi pengaruh- pengaruh lain.
“At every stage human beings seek to animate the details of their lives with spirit, with connection. Amidst busy, sometimes stressful, sometimes mundane professional lives, perhaps fitfully but inexorably, we strive to place ourselves and our work in a context of meaning. We strive towards meaning like plants towards the sun”.

Deborah Court, Bar-Ilan University, Israel. The Quest for Meaning in Educational Research
Academic Exchange Quarterly  
Fall 2004: Volume 8, Issue 3
“Man’s search for meaning is the primary motivation in his life and not a ‘secondary rationalization’ of instinctual drives. This meaning is unique and specific in that it must and can be fulfilled by him alone: only then does it achieve a significance which will satisfy his own will to meaning”
Viktor Frankl, (1984, p.121)..
Makna adalah kontekstual (Meaning is Contex
tual)
Menurut makna linguistik – hubungan antara makna dan bahasa
Manusia bertindak dalam konteks menggunakan perkataan menamkan objek dan aktiviti bagi meluahkan pemikiran untuk berkomunikasi
Kita komunikasikan pemikiran, ideas, harapan dan perasaan melalui ucapan dan penulisan
Pengucapan biasanya mewakili pemikiran secara tidak sempurna
“A thought may be compared to a cloud shedding a shower of words. Precisely because thought does not have its automatic counterpart in words, the transition from thought to word leads through meaning” (p.150). Vygotsky (1962)
He further states that to understand other people’s speech we need to understand not only their words but their motivation. This comes about through knowing, and especially through being a part of, the context in which another’s words are spoken.
Polanyi (1962, pp. 57-58) calls the kind of meaning that a context itself possesses existential; words (together with more complex entities such as concepts and theories) used in a cultural context have what Polanyi calls denotative or representative meaning.
Makna linguistik berhubung rapat dengan makna konseptual- pemahaman tacit konsep dikalangan peserta dalam sesuatu budaya dimana berasaskan pengetahuan budaya diasaskan.
As Polanyi writes, “In learning to speak, every child accepts a culture constructed on the premises of the traditional interpretation of the universe, rooted in the idiom of the group to which it was born, and every intellectual effort of the educated mind will be made within that frame of reference” (1962, p.112). This important idea has many ramifications for educational research
Makna di kongsi (Meaning is Shared)
Adalah untuk memenuhi pencarian makna setiap individu melalui menyumbang dan berhubung dengan pelbagai komuniti penyelidik, guru dan pelajar
Pemerolehan makna adalah seperti lampu- menerangi lorong dan “turning points” semasa kita melalui jalan-jalan yang kompleks dan pelbagai situasi (setting), soalan, metod dan gagasan Ilmu pengetahuan.

Jenis pengetahuan penyelidikan yang diperolehi bila melaksanakan penyelidikan
Deskriptif: menambah pengetahuan perkara yang berlaku disekolah dan latihan (buku laporan pelajar)
Ramalan (Prediction): kenalpasti cara pembolehubah memberi kesan kepada respon akandatang (SPM, pelajar galus-at risk students)
Penambahbiakan (Improvement): kenalpasti intervensi yang membaiki pencapaian (reinforcement, CAI)
Penjelasan (Explanation): yang kenalpasti teori yang menerangkan, ramal dan kawal fenomena bagi memperbaiki pembelajaran

CIRI-CIRI PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
Ciri-ciri penyelidikan yang baik diertikan sebagai ciri-ciri yang berasaskan prinsip saintifik dan etika
penjelasan (explanation),
ramalan (preditiction),
corak (pattern),
pengulangan (repetition),
replikasi (replication) dan
kuantifikasi (quantification).

Ciri-Ciri Am
objektiviti,
keesahan,
kebolehpercayaan,
Kebolehtadbiran
kebolehtafsiran

Penjelasan (Explanation) & Ramalan (Prediciton)
Matlamat unggul sesuatu penyelidikan dijalankan ialah untuk memajukan penjelasan dan ramalan tentang sesuatu fenomena fizikal atau sosial. Dengan kata-kata lain, tujuan atau pernyataan masalah penyelidikan tentang apa yang ingin dijelas atau diramalkan mestilah amat jelas. Angkubah-angkubah yang ingin dijelaskan serta hubungan antara satu sama lain dalam suatu fenomena yang ingin dikaji mesti dinyatakan secara eksplicit. Justeru itu, hipotesis sama ada dalam bentuk diskriptif atau causal mestilah spesifik, nyata dan boleh diuji.

Fenomena Yang Bercorak Dan Berulang (Pattern
ed and Repetitious Phenomena)
Sehubungan dengan ciri penjelasan dan ramalan, fenomena yang dikaji dalam sesuatu penyelidikan haruslah mempunyai corak yang berulang-ulang. Jika sesuatu fenomena kajian itu tidak berstruktur, tidak mempunyai ciri-ciri sistematik dan tidak mempunyai hubungan yang tekal, sudah tentunya penjelasan dan ramalan tidak boleh dibuat dengan kepastian yang tinggi. Peristiwa yang wujud hanya sekali sahaja tidak boleh dijelaskan dengan darjah verifikasi yang kuat. Pendek kata, fenomena kajian yang baik mesti manpu dikaji oleh pengkaji lain kerana fenomena berkenaan mempunyai corak yang boleh diramal dan dijelaskan serta wujud dalam keadaan lain dan berulangan.

Replikasi (Replication)
Supaya sesuatu kajian itu dianggap baik, kajian tersebut mesti mampu direplikasikan oleh pengkaji sendiri dan pengkaji lain. Hanya selepas sesuatu pemerhatian dikesan berulang kali, barulah kita menganggap kajian itu saintifik dan boleh dipercayai. Justeru itu, kajian yang baik menetap dan menerangkan spesifikasi metodologinya agar dapat dijalankan semula oleh pengkaji-pengkaji lain.
Sifat ini mempunyai kaitan dengan ciri empiris iaitu sesuatu kajian sama ada metodologi atau fenomena yang ingin dikaji boleh diulangi oleh pengkaji yang lain. Ini memastikan bahawa penemuannya boleh disahkan semula atau ditolak.

Kuantifikasi (Quantification)
Mengikut Forcese & Richer, ‘Quantification refers to the assignment of numerical values to the phenomena under investigation’ (11973:10). Kajian yang baik mengkaji fenomena yang dapat dihuraikan; apa yang boleh dihuraikan sebaik-baiknya boleh diukur. Lantaran itu, fenomena kajian yang baik dapat kuantifikasikan melalui angkubah-angkubahnya. Semakin halus ukuran angkubahnya, semakin tinggi kekuatan hubungan statistikal yang mampu dibuktikan. Hipotesis yang dibentuk berasaskan angkubah-angkubah yang measureable lebih mantap dan boleh dianalisa dengan pelbagai kaedah statistik.
Contohnya sekiranya pengkaji ingin menghuruai dan mengklasifikasikan motivasi pekerja, maka mesti adanya instrumen untuk mengukur konstruk tersebut dan hasilnya dalam data yang boleh diuji.

Konseptualisasi : Abstrak Dan Operasi
Selanjut daripada ciri kuantifikasi, konsep-konsep dalam sesuatu kajian yang wujud dalam bentuk abstrak mestilah boleh dioperasikan secara validnya. Apabila kita operasikan sesuatu konsep, kita menetapkan unsur-unsur konsep tersebut dalam bentuk yang boleh ditanggap dan diukur atau angkubah-angkubahnya.
Pengoperasian konsep abstrak atau konstruk yang valid merupakan pengoperasian yang mempunyai keesahan konstruk yang tinggi. Dengan kata-kata lain, angkubah-angkubah yang dibentuk untuk mewakili konstruk betul-betul menepati had dan spesifikasi konstruk tersebut.
Mengikut Zetterberg, terdapat tiga kemungkinan kesilapan dalam proses pengoperasian konstruk. Yang pertamanya, angkubah yang dipilih tidak merangkumi pengertian konstruk. Contohnya jika secara konsepsinya, kelas sosial diertikan sebagai pendapatan bulanan dan kesedaran seseorang tentang keanggotaannya dalam sesuatu hirarki manakala angkubah yang dipilih untuk kelas sosial hanya mengambil kira pendapatan bulana sahaja. Kesilapan yang kedua yang mungkin timbul ialah di mana pengoperasiannya mempunyai ruang lingkup yang lebih luas daripada konstruknya. Contohnya angkubah-angkubah yang dipilih untuk mengoperasikan kelas sosial tadi termasuk pendapatan, kesedaran dan tahap pendidikan. Akhirnya, kesilapan ketiga ialah pengoperasian yang tidak menepati langsung konstruk yang dimaksudkan. Contohnya angkubah untuk kelas sosial ialah warna kulit di mana orang berkulit putih dianggap kelas tinggi manakala orang berkulit hitam dianggap kelas bawahan.(Zetterberg, 1965:114-20)

Model, Hipotesis Dan Teori
Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa penyelidikan yang baik biasanya menggunakan pendekatan deduksi berdasarkan model, hipotesis dan teori. (Gay & Diehl, 1996: 77) Penyelidikan yang memaju dan mencabar model, hipotesis dan teori yang sedia wujud akan menganjakkan paradigma dan menghasilkan model, hipotesis dan teori baru.(Kuhn,1962)
mengikut Newman, ‘There is no evidence… that a single scientific discovery ever was made by induction as conceived by Bacon. On the contrary it is quite clear that to engage in research without the stimulus and guidance of hypotheses, rules, preconceptions, anticipations, control criteria and the like is a hopeless if not indeed frivolous activity (Newman, 1961, Vol. 1, 91). Jelasnya, satu ciri penyelidikan yang baik ialah ianya berasaskan paradigma teori dan model yang sedia ada.

Objektiviti/Keobjektifan
Objektiviti merupakan sifat penganggapan yang tidak dipengaruhi oleh emosi atau prasangka seseorang. Dalam pernyataan masalah, pengkaji mestilah memastikan bahawa fahamannya terhadap masalah adalah sama dengan fahaman pengkaji-pengkaji lain. Begitu juga dalam pemilihan kaedah, teori dan rujukan literaturnya. Sekiranya terdapat bukti bahawa terdapat kaedah yang lebih baik daripada kaedah yang ingin dijalankannya, maka dia mesti sedia menerimanya.
Supaya data yang diperolehi mempunyai keesahan yang tinggi, soalan-soalan atau item-item dalam instrumen (soal selidik) mesti mempunyai objektifan yang tinngi. Ini bererti soalan itu tidak berbentuk ambiguous tetapi memberi interpretasi yang sama kepada sesiapa sahaja yang membacanya.
Bagi peringkat pungutan, analisa dan laporan data, emosi dan kepentingan pengkaji dan sponsornya harus diketepikan agar laporan dapat dibuat dengan objektifnya. Begitu juga dalam pemilihan sampel atau subjek kajian pengkaji mestilah mematuhi rancangan yang telah ditetapkan dan tidak mengubahnya untuk menyesuaikan sampel agar dapat memenuhi kepentingan diri.(Forcese & Richer, 1973:16) Untuk memastikan bahawa sampel yang dipungut adalah objektif dan tidak biased, maka terdapat berbagai-bagai kaedah persampelan seperti persampelan rawak, persampelan kluster, persampelan sistematik dan persampelan rawak berstrata. (Gay & Diehl, 1996: 128)

Kebolehpercayaan & Keesahan Pengukuran
Aras pengukuran data dalam sesuatu penyelidikan boleh berbentuk nominal, ordinal, interval atau ratio. Penyelidikan yang baik akan seboleh-bolehnya menggunakan aras ukuran yang tinggi iaitu data interval atau ratio. Ini adalah kerana analisa statistik seperti ujian paramatriks yang lebih teliti dan rapi boleh dilakukan terhadap data interval atau ratio.
Justeru itu, sekiranya perhubungan causal dikaji, adalah pentingnya data interval atau ratio dipungut.
Sehubungan dengan itu, ciri kebolehpercayaan dan keesahan pengukuran amat perlu diamati oleh pengkaji. Semakin tinggi sifat kebolehanpercayaan dan keesahan sesuatu analisa dan pungutan data, semakin tepat dan baik sesuatu penyelidikan. (Forcese & Richer, 1973:73)

Faktor Etika
Setiap penyelidikan mestilah memastikan kaedah, kandungan dan tujuan tidak melanggar kod etika pengkaji, norma dan nilai-nilai sejagat seperti agama. Sekira sesuatu kajian memenuhi semua ciri dan prinsip saintifik tetapi tidak beretika mana sudah tentunya penyelidikan demikian dianggap kurang baik. Contohnya penyelidikan yang memanipulasi manusia atau cuba ‘play god’ seperti clone manusia dan sebagainya.
Isu yang berkaitan dengan isu etika ialah kejujuran pengkaji. Pengkaji mesti menunjukkan segala usahanya untuk memastikan bahawa setiap langkah penyelidikan dilaksanakan dengan jujur dan segala data yang diperolehi adalah tepat.
Ciri-ciri penyelidikan yang baik merangkumi perspektif saintifik dan etika. Isu menjadi lebih ketara dalam penyelidikan sosial di mana subjeknya ialah manusia yang mempunyai perasaan, intelek dan dipengaruhi nilai-nilai sosial dan agama. Penyelidikan seperti senjata adalah neutral tetapi manusia yang menentukan sama ada ianya digunakan untuk memajukan masyarakat atau memusnahkannya.
Boehm, V.R. (1980) Research in the “real world” – a conceptual model, Personnel Psychology.
Bulmer, Martin (1982) Social Research Ethics – An Examination of the Merits of Covert Participant Observation (Ed). New York: Holmes & Meier Publishers, Inc.
Bynner, John & Stribley, Keith M.( 1978) Social Research: Principles and Procedures(Ed). Suffolk: The Open University Press.
Cates, Ward M (1990) Panduan Amali Untuk Penyelidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Forces, Dennis P & Richer, Stephen (1973) Social Research Methods. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.
Forcese, Dennis P & Richer, Stephen (1973) Social Research Methods. New Jersey: Prentice-Hall
Franklin, Billy J & Osborne, Harold W (1971) Research Methods : Issues and Insights (Ed). Belmont, California: Wadsworth Publishing Co. Inc.
Gay L.R. & Diehl, P.L. (1992) Research Methods for Business and Management. Singapore: Prentice Hall International.
Hammersley, Martyn (1993) Social Research: Philosophy, Politics and Practice. London: Sage Publications.
Miller, Delbert C (1964) Handbook Of Research Design And Social Measurement (3rd Ed.) New York: Longman.
Newman, Jame, Science and Sensibility (1961) Vols. 1 and 2. New York: Simon & Schuster
Riecken, Henry W & Boruch, Robert F (1974) Social Experimentation – A Method for Planning and Evaluating Social Intervention. New York : Academic Press.
Schmitt, Neal & Klimoski, Richard (1991) Research Methods In Human Resources Management. Cincinnati: South-Western Publishing Co.
Wan Hashim, Ting C P & Shamsul Amri Baharuddin (1980) Kaedah Penyelidikan Sosial – Suatu Rampaian Esei Masalah Kajian Luar (Ed) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Zetterberg, Hans (1965) On Theory and Verification in Sociology (3rd ed.) Totowa, N.J. : Bedminister Press

TUTORIAL 1 (1 jam)
Bandingkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Bagi setiap pendekatan, beri 2 contoh topik yang boleh dikaji menggunakan pendekatan itu.

2 Responses to “BMM 3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)”

  1. mokhtar Says:

    Thanks for the informations….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: